Di sini apa yang terbaik ialah hidangan mi nya.. Rata-rata pelanggan akan memesan mi mereka yg terasa akan keunikkannya itu.
Kegemaran kami yang tidak akan tidak kami pesan apabila kesini ialah
Fried Beef Noodle.
kebiasaannya ia akan dihidang bersama sejenis jeruk sayur ( tidak pasti namanya ) rasanya seakan bawang putih yang dijerukkan bersama beberapa sayuran. Buah hati saya akan memanggilnya kimchai ini kerana ianya seakan kimchi yang biasa kita akan jumpai didalam makanan Korea. Dan hidangan penemannya adalah
Soup Beef Noodle
apa yang menarik dan tidak dapat dilupakan ialah bebola dagingnya, ( lain lah skit dari rasa bakso ) amat terasa akan dagingnya begitu juga rasa keseluruhan masakan nya.
Jikalau anda ingin merasakan sesuatu yang berlainan, cubalah.. anda pasti akan berpuas hati.
Anda juga boleh menikmati jenis mi kesukaan anda seperti glass mee, mihun dan beberapa jenis mi lagi.
Dimasa akan datang saya akan mencuba beberapa lagi hidangan mereka dan akan mengemaskini blog ini..
No comments:
Post a Comment