Tuesday, 30 October 2012

Taiwan House Restaurant

Salah satu restoran kegemaran kami adalah Restoran Taiwan House. Terletak didalam shopping mall Ampang Point.

Di sini apa yang terbaik ialah hidangan mi nya.. Rata-rata pelanggan akan memesan mi mereka yg terasa akan keunikkannya itu.

Kegemaran kami yang tidak akan tidak kami pesan apabila kesini ialah

Fried Beef Noodle.

image

kebiasaannya ia akan dihidang bersama sejenis jeruk sayur ( tidak pasti namanya ) rasanya seakan bawang putih yang dijerukkan bersama beberapa sayuran. Buah hati saya akan memanggilnya kimchai ini kerana ianya seakan kimchi yang biasa kita akan jumpai didalam makanan Korea. Dan hidangan penemannya adalah

Soup Beef Noodle

image

apa yang menarik dan tidak dapat dilupakan ialah bebola dagingnya, ( lain lah skit dari rasa bakso ) amat terasa akan dagingnya begitu juga rasa keseluruhan masakan nya.

Jikalau anda ingin merasakan sesuatu yang berlainan, cubalah.. anda pasti akan berpuas hati. :)
Anda juga boleh menikmati jenis mi kesukaan anda seperti glass mee, mihun dan beberapa jenis mi lagi.

Dimasa akan datang saya akan mencuba beberapa lagi hidangan mereka dan akan mengemaskini blog ini..
:) selamat membaca dan mencuba..

Thursday, 25 October 2012

Restoran Mohd Chan Abdullah

Minggu sudah saje la selera macam nak pekena muslim chinesse food jadi restoran pilihan kami untuk makan malam itu ialah :-

Restoran Mohd Chan Abdullah di Taman Melawati.

Sebelum ni pernah juga kesini semasa menyambut hari ulangtahun bonda. Tapi kali ni datang dinner pulak dengan dinda.

Malam tu kami yang memang seadanya lapar membuka menu dan menyelak sehelai demi sehelai.. Lalu kami pun memesan hidangan mereka yang nampak menarik tu..
Jadi kami pun membuka selera dengan :-

Loh Ma Kai ( dumpling rice )

image

Ala ala pulut dengan rasa wok asli, perapan ayam yang sempurna ditambah dengan cendawan shitake. Rasa minyak bijan dan shitake yang seimbang.

Dim Sum

image

Rasa yang diperkaya.. Lembut dan sedap.

Menu utama

Shark Fin Soup

image

Pertama kali rasa sebenarnya.. ;)

 Sedap rasanya, dimasak bersama telur dan suhun..

Grilled Taufu

image

Yang ini memang kegemaran lah.. ;)

semua lauk tadi dimakan bersama :

image

Nasi sotong ni.. ( tak ingat pulak nama nya.. )

Disini, harga agak berpatutan, rasa pun sedap dan boleh datang lagi untuk mencuba.. :)
Apa apa pun, lain kali kami terfikir mencuba masakan mi pula..

Kepada yang ingin keterangan lanjut sila ke :

http://www.mohdchan.com.my/index.html