Tuesday, 19 March 2013

Restoran Taj Hadramawt

Baru baru ni saja nak dinner dengan sidia dan membawanya untuk mencuba arabian dinner. Jadi yang terdekat dan biasa adalah restoran Taj Hadramawt ini. Almaklumlah.. orang diet x makan nasi.. Jadi makan roti la kita.. ;) kami telah memesan..

image

Lamb Kebab


image

yang ni x ingat apa namanya.. tapi ianya adalah krim susu bersama minyak zaitun.


image

Salad dan Roti ( ala ala naan gitu ) 


image

dan Morrocan Tea. Semua hidangan diatas berjumlah lebih kurang RM 60 dan sesuai jikalau anda inginkan sesuatu kelainan dalam hidangan.. :) 
 
Jangan tamak ketika memesan kerana portion makanan arab ni biasanya besar.. Seperti pesanan kami diatas, kami hanya memesan satu set roti, tp tengoklah berapa keping roti yang kami dapat tu.. Ditambah pulak roti yang memang ada di bawah daging kebab tu.. ;)

Biasanya pelanggan disini kebanyakannya memesan fresh jus. Tp kami hanya memilih teh yang dihidang didalam teko dan berperisa teh bersama mint. ( biasanya ini dipanggil morroccan mint ) So far anda boleh mencuba sekali sekala disini.. ianya akan menjanjikan kelainan buat anda.. ;)

Saturday, 24 November 2012

Restoran Taj Hadramawt

Kesempatan menikmati hidangan tengahari bersama seorang sahabat tempoh hari telah mambawa kami ke Restoran Taj Hadramawt, di Taman Melati.

Nasib baik kawan sorang ni memang biasa dengan hidangan arab ni jadi taklah kalut sangat jadinya.

image

image

Tempahan kami pada sesi ini ialah :

 1. Lamb Habsa Rice
2. Lamb Maghlouba Rice
3. Salad
4. Morrocan Mint Tea


Kata kawan saya sorang ni perbezaan nama terletak pada kelainan cara nasi tu dimasak.
Macam kalau Mandy Rice tu ala ala beriyani dan kering, ada setengahnya nasi tu agak berminyak dan lebih rasa rempahnya.

Berkenaan hidangan diatas tadi saya amat tertarik dengan cara mereka memasak kambing tu.
Serius ianya lembut dan masih dapat rasakan kemanisan pada dagingnya.

Pada saya hidangan arab ni memang amat sesuai buat mereka yang amat lapar.. :) tapi memang betul dan tidak dinafikan.. hehehehe.. tengok lah portionnya tu… :) ditambah pulak dengan beras basmathi yang memang panjang2 lagi nya..

image

Mmm.. next time kena datang lagi tempat ni nak pekena kebab dan sandwich pula.. :)
jadi jika sesiapa yang ingin menjejaki restoran ini sila lah usha bawah ni… ;-

image
image

Saturday, 10 November 2012

Restoran Haji Syarin Low Grand

Pilihan selera bulan ini pulak, masih lagi muslim chinese food yang mana kali ini kami memilih Restoran Haji Sharin Low sebagai pilihan.
Kerja last minute la katakan, kami mencari cawangan yang berdekatan dengan rumah kami di sekitar Ulu Klang / Gombak, jadi kami mencari di Bukit Antarabangsa.. Pusing punya pusing barulah jumpa.. Itu pun dengan bantuan Google map..
Tetapi hajat kami tidak kesampaian disebabkan pokok tumbang menghalang perjalanan kami.
Tanpa berputus asa kami baru terperasan bahawa masih ada satu lagi cawangan yang berdekatan dan mudah.. Di Danau Kota.. ( tergelak kami sepanjang perjalanan.. ) Sampai di sini dinda memang sediada tersenyum kerana dia memang pernah kesitu ;) Dengan perut yang kosong dan lapar, kami memesan

Szechuan Soup

image

Claypot Tau Fu

image

Spicy Salted Squid

image

Kung Po Rice

image

Ginger Beef Rice

image

“Sedap dan berperisa”..

Itulah descriptive word yang amat bermakna. Shezuan sup yang masam, pedas dan berperisa bawang putih itu di pasangan kan bersama nasi kungpo daging ( daging masak kicap manis ) dan yang paling the bomb adalah sotong masak pedas masam masin. Rasa yang agak berbeza dan gembira menikmatinya.. Terus terang saya katakan tak rugi sesekali keluar dari taste ruji kita dan mencuba sesuatu yang berbeza.. Bagaimana pun mungkin kami akan singgah lagi untuk di lain waktu.. :) kepada mereka yang inginkan kelainan.. Cubalah.. :)

Tuesday, 30 October 2012

Taiwan House Restaurant

Salah satu restoran kegemaran kami adalah Restoran Taiwan House. Terletak didalam shopping mall Ampang Point.

Di sini apa yang terbaik ialah hidangan mi nya.. Rata-rata pelanggan akan memesan mi mereka yg terasa akan keunikkannya itu.

Kegemaran kami yang tidak akan tidak kami pesan apabila kesini ialah

Fried Beef Noodle.

image

kebiasaannya ia akan dihidang bersama sejenis jeruk sayur ( tidak pasti namanya ) rasanya seakan bawang putih yang dijerukkan bersama beberapa sayuran. Buah hati saya akan memanggilnya kimchai ini kerana ianya seakan kimchi yang biasa kita akan jumpai didalam makanan Korea. Dan hidangan penemannya adalah

Soup Beef Noodle

image

apa yang menarik dan tidak dapat dilupakan ialah bebola dagingnya, ( lain lah skit dari rasa bakso ) amat terasa akan dagingnya begitu juga rasa keseluruhan masakan nya.

Jikalau anda ingin merasakan sesuatu yang berlainan, cubalah.. anda pasti akan berpuas hati. :)
Anda juga boleh menikmati jenis mi kesukaan anda seperti glass mee, mihun dan beberapa jenis mi lagi.

Dimasa akan datang saya akan mencuba beberapa lagi hidangan mereka dan akan mengemaskini blog ini..
:) selamat membaca dan mencuba..

Thursday, 25 October 2012

Restoran Mohd Chan Abdullah

Minggu sudah saje la selera macam nak pekena muslim chinesse food jadi restoran pilihan kami untuk makan malam itu ialah :-

Restoran Mohd Chan Abdullah di Taman Melawati.

Sebelum ni pernah juga kesini semasa menyambut hari ulangtahun bonda. Tapi kali ni datang dinner pulak dengan dinda.

Malam tu kami yang memang seadanya lapar membuka menu dan menyelak sehelai demi sehelai.. Lalu kami pun memesan hidangan mereka yang nampak menarik tu..
Jadi kami pun membuka selera dengan :-

Loh Ma Kai ( dumpling rice )

image

Ala ala pulut dengan rasa wok asli, perapan ayam yang sempurna ditambah dengan cendawan shitake. Rasa minyak bijan dan shitake yang seimbang.

Dim Sum

image

Rasa yang diperkaya.. Lembut dan sedap.

Menu utama

Shark Fin Soup

image

Pertama kali rasa sebenarnya.. ;)

 Sedap rasanya, dimasak bersama telur dan suhun..

Grilled Taufu

image

Yang ini memang kegemaran lah.. ;)

semua lauk tadi dimakan bersama :

image

Nasi sotong ni.. ( tak ingat pulak nama nya.. )

Disini, harga agak berpatutan, rasa pun sedap dan boleh datang lagi untuk mencuba.. :)
Apa apa pun, lain kali kami terfikir mencuba masakan mi pula..

Kepada yang ingin keterangan lanjut sila ke :

http://www.mohdchan.com.my/index.html