Saturday, 24 November 2012

Restoran Taj Hadramawt

Kesempatan menikmati hidangan tengahari bersama seorang sahabat tempoh hari telah mambawa kami ke Restoran Taj Hadramawt, di Taman Melati.

Nasib baik kawan sorang ni memang biasa dengan hidangan arab ni jadi taklah kalut sangat jadinya.

image

image

Tempahan kami pada sesi ini ialah :

 1. Lamb Habsa Rice
2. Lamb Maghlouba Rice
3. Salad
4. Morrocan Mint Tea


Kata kawan saya sorang ni perbezaan nama terletak pada kelainan cara nasi tu dimasak.
Macam kalau Mandy Rice tu ala ala beriyani dan kering, ada setengahnya nasi tu agak berminyak dan lebih rasa rempahnya.

Berkenaan hidangan diatas tadi saya amat tertarik dengan cara mereka memasak kambing tu.
Serius ianya lembut dan masih dapat rasakan kemanisan pada dagingnya.

Pada saya hidangan arab ni memang amat sesuai buat mereka yang amat lapar.. :) tapi memang betul dan tidak dinafikan.. hehehehe.. tengok lah portionnya tu… :) ditambah pulak dengan beras basmathi yang memang panjang2 lagi nya..

image

Mmm.. next time kena datang lagi tempat ni nak pekena kebab dan sandwich pula.. :)
jadi jika sesiapa yang ingin menjejaki restoran ini sila lah usha bawah ni… ;-

image
image

Saturday, 10 November 2012

Restoran Haji Syarin Low Grand

Pilihan selera bulan ini pulak, masih lagi muslim chinese food yang mana kali ini kami memilih Restoran Haji Sharin Low sebagai pilihan.
Kerja last minute la katakan, kami mencari cawangan yang berdekatan dengan rumah kami di sekitar Ulu Klang / Gombak, jadi kami mencari di Bukit Antarabangsa.. Pusing punya pusing barulah jumpa.. Itu pun dengan bantuan Google map..
Tetapi hajat kami tidak kesampaian disebabkan pokok tumbang menghalang perjalanan kami.
Tanpa berputus asa kami baru terperasan bahawa masih ada satu lagi cawangan yang berdekatan dan mudah.. Di Danau Kota.. ( tergelak kami sepanjang perjalanan.. ) Sampai di sini dinda memang sediada tersenyum kerana dia memang pernah kesitu ;) Dengan perut yang kosong dan lapar, kami memesan

Szechuan Soup

image

Claypot Tau Fu

image

Spicy Salted Squid

image

Kung Po Rice

image

Ginger Beef Rice

image

“Sedap dan berperisa”..

Itulah descriptive word yang amat bermakna. Shezuan sup yang masam, pedas dan berperisa bawang putih itu di pasangan kan bersama nasi kungpo daging ( daging masak kicap manis ) dan yang paling the bomb adalah sotong masak pedas masam masin. Rasa yang agak berbeza dan gembira menikmatinya.. Terus terang saya katakan tak rugi sesekali keluar dari taste ruji kita dan mencuba sesuatu yang berbeza.. Bagaimana pun mungkin kami akan singgah lagi untuk di lain waktu.. :) kepada mereka yang inginkan kelainan.. Cubalah.. :)